PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM TAHUN 2024

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM TAHUN 2024 


1. Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan STPM Tahun 2024 akan diumumkan pada 24 Jun 2025 (Selasa), jam 11:30 pagi.

2. Berikutan dengan itu, semua calon peperiksaan STPM 2024 boleh membuat semakan keputusan masing-masing melalui kaedah yang berikut:

        (a) Secara dalam talian melalui pautan https://stpm.mpm.edu.my/stpmK pada 24 Jun 2025 (Selasa) mulai jam 11:30 pagi ; dan/atau 

        (b) Secara Sistem Mesej Singkat (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan dengan menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888 mulai 24 Jun 2025 (Selasa), jam 11:00 pagi sehingga 4 Julai 2025 (Jumaat), jam 12:00 tengah hari.

Post a Comment

Previous Post Next Post