Alhamdulillah, satu kenangan manis telah terpahat pada 22 Mei 2025 apabila kontinjen Johor Bahru berjaya meraih Naib Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSJ Kali Ke-4 yang telah berlangsung di Institut Pertanian Ayer Hitam.
Saya berbesar hati kerana diberi kepercayaan sebagai Pengurus Pasukan membawa murid-murid istimewa dari Johor Bahru menyertai kejohanan yang penuh cabaran ini. Lebih bermakna lagi, ini merupakan penyertaan pertama saya selepas baru berpindah ke Johor Bahru pada Februari 2025. Sebuah kenangan yang pasti tidak akan saya lupakan.
Untuk rekod, tahun lalu Johor Bahru telah merangkul gelaran Juara Keseluruhan. Namun, tahun ini kami berdepan pelbagai cabaran dalam membentuk pasukan - daripada kekangan masa latihan, pemilihan murid, hinggalah kepada penyesuaian murid baharu.
Walau bagaimanapun, semangat juang murid-murid luar biasa ini tetap membuahkan hasil. Kami tetap berdiri megah sebagai Naib Johan Keseluruhan, dan yang lebih membanggakan, 4 orang murid berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan! 🌟
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan masa – guru pengiring, jurulatih, pegawai teknikal, ibu bapa dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Tak mengapa, tempat pertama kita lepaskan sekejap tahun ini. Insya-Allah, tahun 2026 kita akan bangkit semula dan cuba merampas kembali gelaran JUARA! 💪🔥
#MSSJ2025 #PendidikanKhas #JohorBahruHebat #NaibJohan #MerentasDesaPPKI #KontinjenJohorBahru #RoadTo2026
https://photos.app.goo.gl/s9phZmmPYmqJHMic9
Ini pula video montaj kejohanan
Post a Comment